Wednesday 4 July 2012

SEGALA AMALAN BERMULA DARIPADA NIAT

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh;
Segala puji buatMu YA ALLAH,Tuhan Semesta Alam yang telah memimpin dan membimbingku        kea rah kebenaran.Terima kasih Ya ALLAH,di atas segala-galanya,di atas nikmat keislaman dan keimanan,di atas segala peluang dan kesempatan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW,Rasul yang tercinta.Dirinya teladan termulia,rahmat kasih sayangnya memenuhi semesta.
Alhamdulillah,..segala puji bagi ALLAH..Hari ini,ALLAH beri satu lagi peluang untuk kasih berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan kasih pada sahabat2 sekalian,..Kasih berminat untuk menulis mengenai”SEGALA AMALAN KITA BERMULA DARIPADA NIAT.”
Sahabat2 kasih,sahabat sayang,..
Islam amat tidak bersetuju dan tidak menginginkan semua amalan yang dilakukan umatnya hanya terbina pada kerangka lahiriah atau sekadar penonjolan sifat luarannya semata-mata,apatah lagi seandainya amalan itu diwarnai dengan sifat riyak,ujub,tipuan(ghurur)dan sandiwara.Islam amat menitikberatkan soal’roh’dan prinsip kerahmatan,kasih sayang,keadilan,kebenaran,kejujuran,pengabdian dan amanah.Prinsip-prinsip ini terhubung untuk membina gandingan yang kuat antara rohani dan jasmani itu.Berasaskan matlamat mulia inilah Rasulullah SAW diutuskan ALLAH SWT bagi memimpin umat dan bagi menjelaskan kepada mereka tentang tujuan kehidupan ini.Baginda hadir bersama sunahnya yang menyinari perjalanan manusia di dunia ini supaya mereka tidak tersesat.
     Pengutusan Rasulullah SAW bersama al-Quran dan sunahnya adalah seumpama menara yang terang-benderang pada saat dunia sedang parah diliputi kegelapan rohani,kebutaan nafsu,kebusukan jiwa.Kepincangan ini berlaku hasil niat yang palsu dan dipandu oleh syahwat yang terburu-buru.
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menjelaskan bahawa semua perbuatan dan ucapan seseorang itu adalah berdasarkan kepada niat.Definisi niat adalah lintasan hati untuk menyengajakan berbuat sesuatu yang disusuli dengan perbuatnnya dan letaknya tempat niat adalah di dalam hati.Setiap perbuatan tidak akan dianggap benar,sempurna dan diterima(maqbul)di sisi ALLAH kecuali berdasarkan niat yang benar.
Sahabat2 kasih,sahabat2 sayang,.
Sekian sahajalah penulisan kasih pada hari ini,…Hari pun dah lewat malam,..Moga kita dipertemukan lagi dengan pelbagai kisah2 yang menarik serta luahan hati seorang muslimah,…..Sambutlah salam dan mohon beribu-ribu kemaafan jika kasih tersalah tutur kata,…Akhir kata,yang baik datang daripada ALLAH SWT yang buruk datang dari diri kasih sendiri,…


No comments:

Post a Comment