Wednesday 4 July 2012

SALAM UKHWAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

     Segala puji buat-Mu YA ALLAH,Tuhan Semesta Alam yang telah memimpin dan membimbingku ke arah kebenaran.Terima kasih YA ALLAH,di atas segala-galanya,di atas nikat keislman dan keimanan,di atas  segala peluang dan kesempatan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.Selawat dan Salam ke atas junjungan ILLAHI,..Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga hajat kasih untuk mempunyai blog yang tak seberapa ini,..Syukur kehadrat ILLAHI kerana memberi peluang untuk kasih meluahkan segala yang terpendam dan berkongsi sedikit kisah2 yang memberikan kita semua satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan walau dengan apa jua dugaan yang melanda,..INSYAALLAH,,...

     Sahabat-sahabat kasih,
Sebelum kasih meneruskan lagi penulisan kasih ini,kasih ingin memohon beribu-ribu kemaafan kerana dengan permulaan ini sudah tentulah ada salah dan silapnya.Moga-moga segala kesalahan dapat kasih perbaiki sedikit demi sedikit.InsyaAllah.

     Kasih mempunyai kisah hidup yang tersendiri,dimana hidup kasih ini penuh dengan pelbagai ujian yang diberikan oleh Sang Pencipta(ALLAH).Namun,tidaklah semua ini kasih memberikan alasan untuk berputus asa dalam kehidupan,malah kasih bertambah bersemangat untuk berjuang menempuh segala ujian yang diberi Sang Pencipta.MasyaAllah,,..Allah berikan ujian kepada hamba-hambaNya kerana Allah sayang kepada kita,Allah rindu kepada kita,Allah rindukan doa dari hamba-hambaNya..

     Kasih hidup pada prinsip kasih yang tersendiri,dimana kasih ingin menjadi seorang yang pemaaf dan memaafkan.Kasih juga berusaha untuk menjadi muslimah sejati,anak yang solehah yang sentiasa mentaati ibu bapa,serta guru-guru yang sentiasa memberikan dorangan dan ilmu kepada kasih.Syukur Ya Allah,dalam penderitaanku ini,ada juga kegembiraan.

     Wahai sahabat-sahabat,,
Firman Allah,
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka(beri tahu kepada mereka):Sesungguhnya Aku(ALLAH)sentiasa hampir(dekat kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepad-Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku(dengan mematuhi perintahKu),dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk."

(AL-BAQARAH 2:186)





No comments:

Post a Comment