Assalamualaikum sahabat-sahabat kasih,....
Sahabat??? Apakah erti seorang sahabat???
Sahabat ialah seorang insan yang sentiasa memahami dan berada disisi rakannya ketika suka dan duka
Sahabat-sahabat kasih,sahabat-sahabat rindu,,..
Hari ini,ingin kasih kongsikan sedikit kisah mengenai"Sahabat Teristimewa Kasih."
Kasih mempunyai seorang sahabat yang sangat baik,sangat memahami,selalu memberi semangat,dan,baik hati dan pemurah.Subhanallah,seandainya si dia ada disisi kasih sekarang ni,kasih akan peluknya sekuat hati kasih.Rindu saat-saat indah bersamanya.Seringkali rindu,kanku panjatkan doa kepada-Nya,memohon agar sahabat sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati ALLAH SWT.
Sahabat-sahabat kasih,sahabat-sahabat rindu,
Adakah kalian mempunyai sahabat???MasyaALLAH..
Alhamdulillah,sesungguhnya juga mempunyai sahabat yang teristimewa yang sentiasa mengisi masa-masa terindah bukan???
Sahabat-sahabat kasih,Sahabat-sahabat rindu,
Jagalah hati sahabatmu,seperti mana kalian menjaga hati ibu bapa serta keluarga.MasyaALLAH begitu berharganya nilai seorang sahabat yang teristimewa bukan?
Sahabat-sahabat kasih,sahabat-sahabat rindu,
Marilah kita sama-sama tadahkan tangan serta berdoalah kepada Sang Pencipta(ALLAH SWT)
"Ya ALLAH,Ya Rahman,Ya Rahim..Kau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku,keluargaku,guru-guruku,dan sahabat-sahabatku Ya ALLAH.Kau kurniakanlah ilmu,kesihatan,kesejahteraan dan rezeki kepada mereka Ya Allah.Kau kuatkanlah iman mereka Ya ALLAH.Kau hindarkanlah mereka dari segala bala bencana Ya Allah.Ya Allah sesungguhnya kaulah Maha pendengar lagi Maha Pengasihani."
Amin Ya ALLAH..Amin Ya Rabbal A'lamin....
Salam Sayang...JUMPA DI SYURGA ya... ^_^
Monday 9 July 2012
LAPAN PENYAKIT JIWA MANUSIA
Assalamualaikum sahabat....
Hari ini,ingin kasih kongsikan sebuah kisah mengenai "LAPAN PENYAKIT JIWA MANUSIA."Moga-moga kisah ini menjadi tauladan buat kita semua,..INSYAALLAH..
Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih.Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya:"Wahai sahabat,mengapa kamu bersedih?"
Lantas sahabat menjawab:"Ya Rasulullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."
"Apa dia?"kata Rasulullah.
"Hutang yang membelenggu diriku,dan kesedihan yang mengikat sanubariku."
Lantas baginda saw bertanya:"Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,suatu amalan,yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu,akan diangkat oleh ALLAH SWT,akan dipulihkan,akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"
"Balaa ya Rasulullah.Sebutlah apakah doa,apakah amalan itu Ya Rasulullah?"
Lantas baginda mengajarkan sepotong doa."Wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini,setiap pagi dan setiap petang,insyaALLAH sebanyak manapun hutangmu,akan dilunaskan ALLAH SWT;setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh ALLAH SWT."
"Ya ALLAH,aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu Ya ALLAH,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu Ya Allah,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu Ya ALLAH,daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain)."
Sahabat-sahabat kasih,sahabat-sahabat rindu..
Ada lapan penyakit yang disebut Rasulullah Saw.
Pertama al-ham,humum,keresahan,gelisah.
Yang kedua al-hazan ialah manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku.Menanti sesuatu,dia resah.Menunggu sesuatu dia resah.
Yang ketiga al-ajz,lemah.
Yang keempat al-kasl,malas.Sifat lemah,sifat malas membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif,yang tidak boleh diharap,yang tidak boleh diserahkan apa juga tugas dan tanggungjawab.Lemah,malas,tidak ada upaya untuk buat sesuatu.Mungkin kerana sakit,mungkin kerana tenaga yang kurang,ataupun sebagainya.Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi.
Yang kelima al-jubn,sifat takut.
Yang keenam al-bukhl,sifat kedekut.Takut dalam menyatakan kebenaran.Takut dalam menyatakan yang hak.Takut melakukan sesuatu yang benar.Ini penyakit jiwa yang melanda manusia.Walbukhl,sifat kedekut.Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya.Enggan bersedekah,enggan memberi.
Yang ketujuh gahalabatid-dain,beban hutang.Hutang yang banyak,yang melingkari tubuhnya.Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak.Mungkin saja hutang itu hutang yang perlu,makan,minum,tempat tinggal dan sebagainya.
Tetapi ada juga kadang kala hutang yang tidak perlu.Hanya semata-mata ingin mengikut corak kehidupan yang mewah.Melihat orang senang,dia ingin senang.Melihat orang mewah,dia ingin mewah,Melihat orang ada sesuatu,dia pun ingin ada sesuatu.Maka dia sanggup berhutang.Inilah penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu,dan hamba perasaan,membawa kepada kedukaan,kesedihan dan sebagainya.

SIFAT SEMULA JADI MANUSIA
Assalamualaikum sahabat-sahabat kasih,
Alhamdulillah,moga-moga sahabat-sahabat kasih berada dalam pemeliharan ALLAH SWT.
Sahabat-sahabat kasih,sahabat-sahabat rindu,
Dalam kita meniti kehidupan seharian,ada kalanya kita bersedih.Sedih adalah sifat semula jadi manusia yang dijadikan oleh ALLAH SWT.Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih.Sedih,suka,duka,bahagia,derita,adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.
Bukankah ALLAH mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan?Sedih lawannya gembira,begitu juga derita pasangannya bahagia.Maka ada kalanya kita merasa sedih,ada kalanya kita merasakan bahagia.Lumrah seorang manusia mempunyai perasaan sebegitu bukan?????????
Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan.Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itusuatu perasaan yang boleh mengikat diri kita,membelenggu diri kita,sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan,hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.Ketahuilah sahabat-sahabat kasih,kesedihan tidak boleh membawa kepada kehancuran......

Wednesday 4 July 2012
SEGALA AMALAN BERMULA DARIPADA NIAT
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh;
Segala puji buatMu YA ALLAH,Tuhan Semesta Alam yang telah
memimpin dan membimbingku kea rah
kebenaran.Terima kasih Ya ALLAH,di atas segala-galanya,di atas nikmat keislaman
dan keimanan,di atas segala peluang dan kesempatan untuk melakukan kebaikan dan
kebajikan.Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW,Rasul yang tercinta.Dirinya
teladan termulia,rahmat kasih sayangnya memenuhi semesta.
Alhamdulillah,..segala puji bagi ALLAH..Hari ini,ALLAH beri
satu lagi peluang untuk kasih berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan kasih pada
sahabat2 sekalian,..Kasih berminat untuk menulis mengenai”SEGALA AMALAN KITA
BERMULA DARIPADA NIAT.”
Sahabat2 kasih,sahabat sayang,..
Islam amat tidak bersetuju dan tidak menginginkan semua
amalan yang dilakukan umatnya hanya terbina pada kerangka lahiriah atau sekadar
penonjolan sifat luarannya semata-mata,apatah lagi seandainya amalan itu
diwarnai dengan sifat riyak,ujub,tipuan(ghurur)dan sandiwara.Islam amat
menitikberatkan soal’roh’dan prinsip kerahmatan,kasih
sayang,keadilan,kebenaran,kejujuran,pengabdian dan amanah.Prinsip-prinsip ini
terhubung untuk membina gandingan yang kuat antara rohani dan jasmani
itu.Berasaskan matlamat mulia inilah Rasulullah SAW diutuskan ALLAH SWT bagi memimpin
umat dan bagi menjelaskan kepada mereka tentang tujuan kehidupan ini.Baginda
hadir bersama sunahnya yang menyinari perjalanan manusia di dunia ini supaya
mereka tidak tersesat.
Pengutusan
Rasulullah SAW bersama al-Quran dan sunahnya adalah seumpama menara yang
terang-benderang pada saat dunia sedang parah diliputi kegelapan
rohani,kebutaan nafsu,kebusukan jiwa.Kepincangan ini berlaku hasil niat yang
palsu dan dipandu oleh syahwat yang terburu-buru.
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan
niat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menjelaskan bahawa semua perbuatan dan ucapan
seseorang itu adalah berdasarkan kepada niat.Definisi niat adalah lintasan hati
untuk menyengajakan berbuat sesuatu yang disusuli dengan perbuatnnya dan letaknya
tempat niat adalah di dalam hati.Setiap perbuatan tidak akan dianggap
benar,sempurna dan diterima(maqbul)di sisi ALLAH kecuali berdasarkan niat yang
benar.
Sahabat2 kasih,sahabat2 sayang,.
Sekian sahajalah penulisan kasih pada hari ini,…Hari pun dah
lewat malam,..Moga kita dipertemukan lagi dengan pelbagai kisah2 yang menarik
serta luahan hati seorang muslimah,…..Sambutlah salam dan mohon beribu-ribu
kemaafan jika kasih tersalah tutur kata,…Akhir kata,yang baik datang daripada
ALLAH SWT yang buruk datang dari diri kasih sendiri,…
SALAM UKHWAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh
Segala puji
buat-Mu YA ALLAH,Tuhan Semesta Alam yang telah memimpin dan membimbingku ke
arah kebenaran.Terima kasih YA ALLAH,di atas segala-galanya,di atas nikat
keislman dan keimanan,di atas segala
peluang dan kesempatan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.Selawat dan Salam
ke atas junjungan ILLAHI,..Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga hajat kasih
untuk mempunyai blog yang tak seberapa ini,..Syukur kehadrat ILLAHI kerana
memberi peluang untuk kasih meluahkan segala yang terpendam dan berkongsi sedikit
kisah2 yang memberikan kita semua satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan
walau dengan apa jua dugaan yang melanda,..INSYAALLAH,,...
Sahabat-sahabat
kasih,
Sebelum kasih meneruskan lagi penulisan kasih ini,kasih
ingin memohon beribu-ribu kemaafan kerana dengan permulaan ini sudah tentulah
ada salah dan silapnya.Moga-moga segala kesalahan dapat kasih perbaiki sedikit
demi sedikit.InsyaAllah.
Kasih mempunyai
kisah hidup yang tersendiri,dimana hidup kasih ini penuh dengan pelbagai ujian
yang diberikan oleh Sang Pencipta(ALLAH).Namun,tidaklah semua ini kasih
memberikan alasan untuk berputus asa dalam kehidupan,malah kasih bertambah
bersemangat untuk berjuang menempuh segala ujian yang diberi Sang
Pencipta.MasyaAllah,,..Allah berikan ujian kepada hamba-hambaNya kerana Allah
sayang kepada kita,Allah rindu kepada kita,Allah rindukan doa dari
hamba-hambaNya..
Kasih hidup pada
prinsip kasih yang tersendiri,dimana kasih ingin menjadi seorang yang pemaaf
dan memaafkan.Kasih juga berusaha untuk menjadi muslimah sejati,anak yang
solehah yang sentiasa mentaati ibu bapa,serta guru-guru yang sentiasa
memberikan dorangan dan ilmu kepada kasih.Syukur Ya Allah,dalam penderitaanku
ini,ada juga kegembiraan.
Wahai
sahabat-sahabat,,
Firman Allah,
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai
Aku maka(beri tahu kepada mereka):Sesungguhnya Aku(ALLAH)sentiasa hampir(dekat
kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa
kepad-Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku(dengan mematuhi
perintahKu),dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat
petunjuk."
(AL-BAQARAH 2:186)
Subscribe to:
Posts (Atom)