Monday 9 July 2012

LAPAN PENYAKIT JIWA MANUSIA

Assalamualaikum sahabat....

Hari ini,ingin kasih kongsikan sebuah kisah mengenai "LAPAN PENYAKIT JIWA MANUSIA."Moga-moga kisah ini menjadi tauladan buat kita semua,..INSYAALLAH..

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih.Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya:"Wahai sahabat,mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat menjawab:"Ya Rasulullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."

"Apa dia?"kata Rasulullah.

"Hutang yang membelenggu diriku,dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas baginda saw bertanya:"Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,suatu amalan,yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu,akan diangkat oleh ALLAH SWT,akan dipulihkan,akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Balaa ya Rasulullah.Sebutlah apakah doa,apakah amalan itu Ya Rasulullah?"

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa."Wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini,setiap pagi dan setiap petang,insyaALLAH sebanyak manapun hutangmu,akan dilunaskan ALLAH SWT;setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh ALLAH SWT."

"Ya ALLAH,aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu Ya ALLAH,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu Ya Allah,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu Ya ALLAH,daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain)."

Sahabat-sahabat kasih,sahabat-sahabat rindu..

Ada lapan penyakit yang disebut Rasulullah Saw.
Pertama al-ham,humum,keresahan,gelisah.

Yang kedua al-hazan ialah manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku.Menanti sesuatu,dia resah.Menunggu sesuatu dia resah.

Yang ketiga al-ajz,lemah.
Yang keempat al-kasl,malas.Sifat lemah,sifat malas membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif,yang tidak boleh diharap,yang tidak boleh diserahkan apa juga tugas dan tanggungjawab.Lemah,malas,tidak ada upaya untuk buat sesuatu.Mungkin kerana sakit,mungkin kerana tenaga yang kurang,ataupun sebagainya.Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi.

Yang kelima al-jubn,sifat takut.
Yang keenam al-bukhl,sifat kedekut.Takut dalam menyatakan kebenaran.Takut dalam menyatakan yang hak.Takut melakukan sesuatu yang benar.Ini penyakit jiwa yang melanda manusia.Walbukhl,sifat kedekut.Manusia menjadi begitu terikat  dengan hartanya.Enggan bersedekah,enggan memberi.

Yang ketujuh gahalabatid-dain,beban hutang.Hutang yang banyak,yang melingkari tubuhnya.Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak.Mungkin saja hutang itu hutang yang perlu,makan,minum,tempat tinggal dan sebagainya.

Tetapi ada juga kadang kala hutang yang tidak perlu.Hanya semata-mata ingin mengikut corak kehidupan yang mewah.Melihat orang senang,dia ingin senang.Melihat orang mewah,dia ingin mewah,Melihat orang ada sesuatu,dia pun ingin ada sesuatu.Maka dia sanggup berhutang.Inilah penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu,dan hamba perasaan,membawa kepada kedukaan,kesedihan dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment